Cari @ Amanz

Saya mempunyai seorang anak kecil yang gemar memainkan peranti di rumah. Masalah dengan anak kecil ialah mereka gemar meletakkan peranti sesuka hati sehingga ia sukar ditemui. Kerap kali fungsi Find My Device terpaksa saya digunakan. Ia sedikit leceh kerana kata laluan perlu ditaip dan paling menjengkelkan sekiranya peranti ditetapkan di dalam mod senyap ia tidak akan berdering sekaligus menyukarkan pencarian peranti.

Google Home telah dikemaskini dan membawakan fungsi baru yang amat berguna untuk insan seperti kami. Ia boleh menerima arahan mencari peranti yang hilang. Pengguna hanya perlu menyebut “ring my phone” atau “where’s my phone” untuk mengakses fungsi Find My Device.

Peranti akan berdering walaupun ia mod senyap atau Do Not Disturb diaktifkan. Google Home kini boleh mengenali suara individu berbeza dan hanya peranti milik pemberi arahan akan berdering. Fungsi baru ini ialah salah satu sebab yang akan membuatkan saya membeli Google Home Mini apabila ia dijual kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd