MSI Hadir Dengan Penawaran Alat Kawalan Permainan Baru Untuk PC
MSI

MSI Hadir Dengan Penawaran Alat Kawalan Permainan Baru Untuk PC

Diterbitkan pada Okt 9, 2017 oleh .

MSI sedia terkenal dengan penawaran peranti dan aksesori memfokuskan permainan video. Terkini, mereka turut hadir dengan alat kawalan permainan baru dibawah siri Force, iaitu MSI Force GC30 dan juga Force GC20.

Alat Kawalan MSI Force

Secara kasar, kedua-duanya adalah seumpama alat kawalan Xbox daripada Microsoft. MSI Force GC20 dikatakan menawarkan sokongan sambungan berwayar sahaja, sementara Force GC30 hadir dengan sokongan sambungan berwayar dan juga tanpa wayar.

Alat kawalan dengan rekaan bergetah untuk menawarkan pengalaman memegang yang baik ini turut hadir dengan sokongan bukan sahaja untuk komputer Windows, tetapi juga peranti berasaskan Android.

Buat masa ini, harga jualannya masih tidak diketahui lagi.


TIPS & ULASAN