Cari @ Amanz

Honor 7X sedia dikatakan bakal dilancarkan pada 11 Oktober ini, iaitu pada minggu ini. Kini, lebih awal daripadanya, gambar peranti berkenaan diperlihatkan melalui pengesahan TENAA di China (seumpama SIRIM di Malaysia).

Daripada gambar yang diperlihatkan, Honor 7X memperlihatkan yang mana ia akan turut menggunakan rekaan skrin pada nisbah 18:9 yang semakin menjadi popular akhir-akhir ini. Pada masa yang sama, ia juga dilihat menggunakan rekaan bingkai yang nipis berbanding sebelum-sebelum ini.

Honor 7X

Daripada apa yang diketahui buat masa ini, Honor 7X dijangka menggunakan skrin 5.93-inci, dijana menggunakan cip Kirin 659, menggunakan kamera belakang 16-megapixel dengan gabungan sensor 2-megapixel, dan kamera hadapan 8-megapixel. Melengkapkan ia adalah bateri berkapasiti 3240mAh, serta pengimbas cap jari dibahagian belakang.

Honor 7X turut menggunakan rekaan susunan dwi-kamera secara melintang dan bukannya menegak seperti pada Huawei Nova 2i.

Kita mungkin akan mengetahui lanjut mengenai peranti ini dalam masa beberapa hari lagi selepas pengumuman rasminya di China.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd