MSI Vortex G25 – PC Bersaiz Konsol, Dengan Cip Intel Core Gen-8 Berharga RM11,299 Di Malaysia
MSI

MSI Vortex G25 – PC Bersaiz Konsol, Dengan Cip Intel Core Gen-8 Berharga RM11,299 Di Malaysia

Diterbitkan pada Okt 9, 2017 oleh .

MSI sedia mempunyai sejumlah penawaran peranti dan aksesori untuk para peminat permainan video di Malaysia. Terkini, bersempena dengan pelancaran MSI Concept Store pada minggu hadapan, pengeluar peranti berkenaan turut akan melancarkan satu lagi produk untuk pasaran tempatan, iaitu MSI Vortex G25.

MSI Vortex G25 merupakan sebuah komputer berkuasa yang ditawarkan dalam saiz seumpama sebuah konsol. Ia hadir dengan pelbagai spesifikasi terkini, termasuk menawarkan sokongan realiti-maya melaluinya.

MSI Vortex G25

MSI Vortex G25 hadir menggunakan cip Intel Core i7-8700 dengan sokongan lewahjam (overclock sehingga 4.3Ghz, dilengkapi memori 8GB*2 DDR4, storan gabungan 256GB SSD dan 1TB SATA, serta menggunakan kad grafik GeForce GTX1070 8GB GDDR5.

Melengkapkan komputer ini adalah Cooler Boost Titan yang memastikan komputer kekal mempunyai edaran udara yang baik, serta memastikan sistem kekal stabil.

MSI Vortex G25

Pada bahagian hadapan Vortex G25, ia turut hadir dengan port sambungan HDMI, dan USB 3.0 – memastikan komputer ini sesuai dan mudah untuk digunakan ketika menikmati kandungan realiti-maya.

Di Malaysia, MSI Vortex G25 ini akan ditawarkan pada harga RM11,299.


TIPS & ULASAN