Carian
KGI : Samsung Galaxy Note 9 Mungkin Menyertakan Pengimbas Jari Disebalik Skrin
October 10, 2017 Aman

Samsung sebelum ini telah diperkatakan bakal menyertakan pengimbas cap jari disebalik skrin pada tahun ini. Namun, disebabkan beberapa kekangan, ia tidak terlaksana – dan kini, mengikut laporan penganalisa KGI, pengeluar dari Korea Selatan berkenaan dijangka menyertakan ciri berkenaan pada Galaxy Note 9 kelak.

Pengimbas disebalik skrin akan menjimatkan ruangan pada peranti, disamping pada masa yang sama membolehkan pengeluar peranti memaksimakan paparan dan menawarkan rekaan nirbingkai pada peranti mereka.

Buat masa ini, Vivo telah mempertontonkan teknologi mereka, disamping Qualcomm yang menyatakan sokongan untuk ciri pengimbas disebalik skrin.

Sebelum ini, desas-desus turut mengatakan Apple mungkin menyertakannya pada iPhone X, tetapi terpaksa membatalkan ia disebabkan masalah pengeluaran.

Galaxy Note 8

Samsung sebelum ini sedia menyertakan sokongan pengimbas wajah pada peranti mereka, namun, ia tidak menawarkan ciri imbasan 3D seumpama Apple. Sebelum ini, KGI turut mengatakan permintaan sensor imbasan wajah 3D seumpama Apple semakin meningkat daripada pengeluar peranti Android, disamping ia mungkin mengambil masa beberapa tahun sebelum pengeluar peranti Android menawarkan ciri yang lebih kurang sama.

Memandangkan Galaxy Note 9 dijangka hadir sekitar September atau Oktober 2018 kelak, maka kita mungkin mendengar lebih banyak laporan mengenainya dari bulan ke bulan.

Komen