Ciri Face ID Mungkin Diperkenalkan Pada iPad Pro Pada 2018

Ciri Face ID Mungkin Diperkenalkan Pada iPad Pro Pada 2018

Diterbitkan pada Okt 10, 2017 oleh .

Apple pada tahun ini telah memperkenalkan ciri imbasan wajah 3D melalui apa yang dinamakan Face ID – dan sejak daripadanya ia telah menjadi salah satu bualan mulut ramai pihak seluruh dunia. Sebelum ini, ia telah dikatakan yang mana Apple mungkin mengantikan pengimbas cap jari dengan Face ID sekiranya maklumbalas ia adalah baik – dan kini laporan lanjut daripada penganalisa KGI mengatakan Apple mungkin mengintegrasikan sokongan Face ID pada iPad Pro baru tahun hadapan.

Dengan menyertakan ia pada iPad Pro, ia sekaligus akan memberikan lebih sebab untuk para pembangun aplikasi untuk menyokong sokongan teknologi baru tersebut.

Walaubagaimanapun, masih terdapat beberapa kekangan lain – termasuk penawaran sensor TrueDepth Camera yang masih kurang.

Namun, sekiranya benar, maka mungkin kita akan turut melihat Apple membuang Touch ID pada tablet berspesifikasi tinggi tersebut kelak.

Apa pun, ini hanya sekadar analisa awal sahaja, dan tidak diketahui lagi sama ada benar-benar Apple akan menyertakan ciri Face ID pada iPad ataupun tidak.


TIPS & ULASAN