Twitter Bakal Melancarkan Ciri Menyimpan Tweet Untuk Bacaan Pada Kemudian Masa

Twitter Bakal Melancarkan Ciri Menyimpan Tweet Untuk Bacaan Pada Kemudian Masa

Diterbitkan pada Okt 10, 2017 oleh .

Twitter sedia mempunyai sebuah butang “Like” yang membolehkan para pengguna untuk menyimpan sesuatu Tweet untuk dirujuk pada kemudian masa. Kini, selain daripadanya, untuk menyimpan sesuatu Tweet secara lebih peribadi dan tidak diperlihatkan kepada pengguna lain, Twitter kini sedang membangunkan sebuah ciri baru dinamakan #SaveForLater.

Ia berfungsi seperti sokongan Bookmark. Pengguna boleh menyimpan sebarang Tweet untuk rujukan masa hadapan, dan ia akan disimpan melalui sebuah tab khusus yang boleh diakses melalui aplikasi mudah-alih.

Ciri ini dikatakan salah satu ciri yang menjadi permintaan ramai, terutamanya di Jepun. Dengannya, ia akan membuatkan Tweet yang disimpan hanya boleh dilihat oleh anda sahaja, dan bukannya diperlihatkan kepada umum seperti “Like” pada hari ini.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Twitter akan memperkenalkan ciri baru ini.


TIPS & ULASAN