YouTube Mula Mengharamkan Video Ubahsuai Senjata Api

YouTube Mula Mengharamkan Video Ubahsuai Senjata Api

Diterbitkan pada Okt 10, 2017 oleh .

Serangan di Las Vegas minggu lalu menyebabkan kematian 58 individu dan mencederakan lebih 500 individu. Pasca serangan, pihak berwajib mendapati senjata yang digunakan telah diubahsuai menggunakan sistem bump stock bagi meningkatkan kadar tembakan. Bagi mengelakkan pisang berbuah dua kali, YouTube proaktif mengharamkan video ubahsuai senjata api dari dipaparkan di laman mereka.

Video yang telah dimuat naik kini telah dipadam oleh YouTube. Ini menurut mereka selari dengan polisi yang mengharamkan kandungan yang membahayakan dan boleh mendatangkan kesan negatif kepada penonton. Tindakan YouTube ini menerima reaksi negatif dari pengguna kerana penjualan dan pengubahsuaian bump stock tidak salah disisi undang-undang Amerika Syarikat.

Adakah YouTube perlu memadam video-video yang dianggap “berbahaya”. Sebelum ini mereka telah memadam video Innocence of Muslim yang menghina Islam selepas protes besar-besaran diadakan di seluruh dunia.


TIPS & ULASAN