Pizza Hut Malaysia Mula Mengintegrasikan Penggunaan Robot Dan Aplikasi AR Di Restoran

Pizza Hut Malaysia Mula Mengintegrasikan Penggunaan Robot Dan Aplikasi AR Di Restoran

Diterbitkan pada Okt 10, 2017 oleh .

Pizza Hut Malaysia hari ini mengumumkan inisiatif mendigitalkan restoran mereka, dimana bermula dari cawangan di Sunway Pyramid hari ini, Pizza Hut telah mula mengintegrasikan sokongan penggunaan robot, selain beberapa ciri-ciri digital lain – termasuk penggunaan aplikasi Augmented Reality untuk memudahkan pembelian makanan.

Pizza Hut

Untuk penggunaan robot, buat masa ini, robot yang digunakan di restoran Pizza Hut berfungsi untuk menceriakan pengunjung dengan bermain kuiz, menyanyikan lagu, dan beberapa aktiviti ringkas lain.

Pizza Hut Robot

Selain daripada robot, kini Pizza Hut turut menyediakan aplikasi AR untuk digunakan bersama menu dikedai. Melaluinya, pengguna boleh mendapat pengalaman dan idea awal untuk makanan yang bakal ditempah oleh mereka.

Pizza Hut juga kini turut menyediakan sebuah panel khusus untuk memudahkan pembeli membuat pembelian untuk membawa pulang makanan. Melalui panel tempahan yang disediakan, pengguna turut boleh memilih untuk membuat pembayaran secara kad kredit atau tunai.

Pizza Hut

Segala proses pendigitalan ini akan dilakukan oleh Pizza Hut secara berperingkat di beberapa cawangan restoran mereka. Langkah ini dijangka akan menjadikan urusan restoran lebih efisyen, selain pada masa yang sama menarik pelanggan ke restoran mereka.


TIPS & ULASAN