Cari @ Amanz

Instagram sebelum ini telah menguji ciri perkongsian Instagram Stories terus kepada Facebook Stories. Kini, lanjutan daripadanya, ciri berkenaan telah mula diperkenalkan kepada semua pengguna seluruh dunia secara berperingkat.

Kini, apabila anda ingin kongsikan sesuatu Story melalui Instagram, anda diberikan pilihan untuk turut menerbitkannya sebagai Facebook Story.

Instagram Stories

Pengguna turut boleh menetapkan pilihan ini dengan memilih ruangan tetapan (penjuru atas kiri daripada skrin kamera ketika membuat Story di Instagram), dan seterusnya memilih tetapan menerbitkan terus pada Facebook Story (pilihan kedua terakhir dibawah).

Langkah ini juga secara tidak langsung menjadikan ciri Facebook Stories mempunyai lebih banyak kandungan – selain memudahkan pengguna berkongsi ke platform Facebook tanpa perlu membuat sesuatu perkongsian berkenaan kembali.

Bagi anda yang menggunakan Instagram, boleh mengemaskini aplikasi Instagram anda hari ini, dan mencuba ciri baru ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd