Cari @ Amanz

Samsung pada penghujung tahun lepas telah menghadapi masalah dengan set Galaxy Note 7 disebabkan oleh bateri, dan telah membaik-pulih sejumlah besar peranti berkenaan, dan memasarkan ia kembali dibawah nama Galaxy Note FE.

Di Korea Selatan, Samsung Galaxy Note FE telah ditawarkan sejak bulan Julai 2017 lepas. Terkini, beberapa desas-desus hadir mengatakan Samsung mungkin membawa masuk telefon pintar berkenaan untuk pasaran tempatan.

Galaxy Note FE hadir dengan spesifikasi lebih kurang sama seperti Galaxy Note 7, dimana ia menggunakan skrin 5.7-inci dengan paparan QHD Super AMOLED, menggunakan cip Exynos 8890, memori 4GB RAM, ruangan storan 64GB, kamera hadapan 12-megapixel, dan kamera belakang 5-megapixel. Ia turut hadir dengan sokongan kalis air, S-Pen dan bateri berkapasiti 3200mAh.

Melalui senarai telefon yang disokong pada rangkaian Yes yang tertiris, ia memperlihatkan Galaxy Note FE sebagai salah satu peranti baru yang akan disokong mereka.

YES Note FE

Buat masa ini, pihak Samsung tidak mengeluarkan sebarang komen rasmi berkaitan dengan desas-desus ini. Tetapi, dengan harga penawaran Galaxy Note 8 yang mencapai RM3999, mungkin sekiranya Galaxy Note FE ini ditawarkan pada harga kurang RM2,500, ia mungkin menarik hati ramai pengguna.

Bagi anda, adakah anda akan mendapatkannya sekiranya ia ditawarkan di Malaysia?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd