Cari @ Amanz

MSI merupakan salah satu jenama komponen dan peralatan permainan video berasaskan PC yang tidak asing bagi ramai pengguna. Terkini, MSI Malaysia mengumumkan yang mana mereka bakal membuka kedai fizikal MSI Flagship Store terbesar di dunia di Malaysia.

MSI Flagship Store berkenaan terletak berhadapan dengan Plaza Lowyat di Kuala Lumpur.

MSI Flagship Store

Kedai berkenaan bakal menawarkan sejumlah produk MSI, termasuk penawaran realiti-maya. MSI juga turut menyediakan ruangan khusus dinamakan Gaming Arena, yang mana mungkin menjadi pusat pilihan MSI untuk pelbagai aktiviti berkaitan e-sukan.

MSI Malaysia bakal melancarkan MSI Flagship Store ini secara rasmi pada 16 Oktober 2017 ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd