iMI X – Peranti Dengan Rekaan Seakan iPhone X Dan Harga Setanding Xiaomi

iMI X – Peranti Dengan Rekaan Seakan iPhone X Dan Harga Setanding Xiaomi

Diterbitkan pada Okt 11, 2017 oleh .

iPhone X ialah peranti yang amat didambakan di dunia pada waktu ini. Ramai peminat Apple sanggup menunggu sehingga bulan November untuk memilikinya sehingga menyebabkan jualan iPhone 8 lebih rendah dari sasaran awal. Bagi pengguna di Asia yang mungkin mahukan peranti alternatif dengan harga yang amat mampu milik, iMI X telah dilancarkan di Thailand.

Ini mungkin peranti klon paling aneh pernah kami lihat kerana menggunakan rekaan seakan iPhone X dengan logo syarikat yang menyerupai Xiaomi. Dua model iMI X ditawarkan dengan kedua-duanya dilengkapi skrin 18:9 sebesar 5.7″. Tiada maklumat mengenai pemproses buat masa ini.

Model pertama hadir dengan kombinasi memori 3GB RAM. storan 32GB, kamera utama 13-Megapixel dan kamera hadapan 8-Megapixel. Model kedua pula hadir dengan memori 4GB RAM, storan 64GB, kamera utama 16-Megapixel dan kamera hadapan 13-Megapixel.

Sistem operasi Android 7.0.1 digunakan dengan pelancar iMI UI  yang mempunyai rekaan seakan iOS 11. Peranti ini dijual pada harga bermula  dari 4,990 Baht (~RM 633) sebuah.


TIPS & ULASAN