Cari @ Amanz

Minggu lalu kami melaporkan berita penganalisa daripada Canalys meramalkan Microsoft mungkin mematikan perniagaan Surface dalam masa dua tahun. Ini adalah kerana perniagaan Surface dikatakan tidak menguntungkan kepada Microsoft. Pihak Microsoft semalam telah menyangkal laporan ini dan mengatakan ia hanyalah “laporan berita tabloid”.

Panos Panay, yang merupakan “bapa” Surface di dalam laporan Business Insider menyangkal laporan ini. Menurut beliau Microsoft tidak mempunyai perancangan untuk melarikan diri dari arena penghasilan Surface dan mempunyai perancangan jangka panjang untuk produk ini. Ini adalah kerana pembangunan Surface membawakan penambahbaikan kepada Windows serta memberikan kesan ke atas rekaan PC oleh pengeluar lain. Sejak Surface dilancarkan, pengeluar PC lain juga telah menghasilkan komputer tablet dengan rekaan yang sama.

Ini pastinya berita baik bagi peminat Surface. Diharap Microsoft terus komited kepada platform Surface dan tidak mengibarkan bendera putih seperti yang berlaku kepada Windows 10 Mobile.

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd