Kamera Yashica Y35 Dilancarkan Dengan Katrij digiFILM Untuk Menghasilkan Kesan Khas Pada Gambar Diambil

Kamera Yashica Y35 Dilancarkan Dengan Katrij digiFILM Untuk Menghasilkan Kesan Khas Pada Gambar Diambil

Diterbitkan pada Okt 11, 2017 oleh .

Kamera analog semakin hari semakin pupus kerana kepopularan kamera digital. Malah kami sedari kedai gambar yang menjual filem analog dan kemampuan mencuci filem boleh dikira dengan sebelah tangan. Bagi peminat kamera digital yang masih bernostalgia dengan katriji filem, Yashica Y35 telah dilancarkan.

Kamera digital ini unik kerana ia menyokong katrij filem digiFILM yang memberikan kesan khas seakan filem analog sebenar ke atas gambar yang diambil. Dengan kata lain digiFILM hanyalah penuras yang perlu ditukar ganti untuk digunakan.

Upload Files Empat katrij digiFILM dihasilkan setakat ini iaitu ISO 200 color, ISO 1600 color, ISO 400 black and white dan 120 film. Katrij ini hanya berfungsi sebagai penuras dengan gambar digital disimpan di dalam kad SD kamera. Sensor sebesar 14-Megapixel digunakan pada Y35 dengan lensa f/2.8. Ia memerlukan dua bateri bersaiz AA untuk berfungsi.

Pada waktu yang sama Yashica Y35 dilengkapi tuil yang perlu ditarik terlebih dahulu sebelum gambar seterusnya boleh diambil. Ini mengolok fungsi kamera filem analog klasik. Kamera ini sedang mengumpul dana menerusi Kickstarter dan dijual pada harga HK 968 (~RM 523) sebuah. Ia mensasarkan golongan yang inginkan pengalaman analog di dunia serba digital.


TIPS & ULASAN