Cari @ Amanz

Honor ialah jenama peranti mampu milik oleh Huawei. Peranti Honor kerap menjadi alternatif kepada pengguna yang tidak mampu membeli peranti Huawei dengan spesifikasi yang setanding. Terkini pihak Huawei Malaysia berkongsi tiga imej acah peranti terbaru yang bakal mereka lancarkan di Malaysia bulan.

Maklumat lain yang dikongsi ialah ia bakal mempunyai tubuh logo dan hanya mempunyai satu kamera utama di bahagian belakang. Berdasarkan imej yang dikongsi, ia berkemungkinan sebuah Honor 6A.

Peranti ini dilengkapi skrin 5″ HD, dijana pemproses Snapdragon 430, memori 2/3 GB RAM dan storan 16/32 GB. Bagi yang memerlukan storan tambahan, ia menyokong kad MikroSD sehingga 128 Gigabyte.

Kemampuan kamera pula ialah kamera utama sebesar 13-Megapixel dan kamera selfie 5-Megapixel. Sebuah bateri sebesar 3020 mAh menjadi sumber kuasa kepada peranti yang mempunyai kerangka logam sepenuhnya dan dicas menggunakan slot MikroUSB.

Sebuah pengimbas cap jari berbentuk bulat disertakan pada bahagian belakang dan bicu audio pada bahagian atas. Sistem operasi Android 7.0 digunakan dengan pelancar EMUI 5.1. Empat warna ditawarkan iaitu emas,biru, ros merah dan perak. Di China ia dijual bermula 1 Jun lalu dengan  harga jualan bermula dari RMB 799 (~RM 499) sebuah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd