Bagi para peminat permainan League of Legends, kini pihak Riot Games telah pun mula menawarkan kad Touch n Go edisi terhad bertemakan World Championship 2017 untuk League of Legends.
Kad edisi terhad ini ditawarkan melalui Lazada, dimana pada bahagian hadapan ia membawakan logo kejohanan tersebut dengan beberapa elemen rekaan tempatan, dan pada bahagian belakang ia menyertakan grafik daripada permainan berkenaan.
Kad Touch n Go edisi terhad ini ditawarka pada harga RM25, dan boleh didapati daripada Lazada bermula hari ini. Walaubagaimanapun, tiada sebarang nilai yang disertakan dalam kad berkenaan, dan perlu ditambah-nilai sebelum dapat digunakan.
Sekiranya anda merupakan peminat permainan League of Legends, ini mungkin salah satu kad yang boleh anda dalam koleksi anda.
- Info
- Layari : Official World’s 2017 Customized Touch ‘n Go Card