AMD Menyasarkan Kad Grafik Berdasarkan Teknologi GPU “Navi” Akan Dilancarkan Pada 2018
AMD

AMD Menyasarkan Kad Grafik Berdasarkan Teknologi GPU “Navi” Akan Dilancarkan Pada 2018

Diterbitkan pada Okt 11, 2017 oleh .

Dengan pelancaran siri CPU AMD Ryzen dan juga kad grafik AMD RX Vega, AMD nampaknya bakal meneruskan saingan mereka dengan Intel dan NVIDIA setelah sekian lama di kedudukan belakang.

AMD nampaknya sudah bersedia untuk mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan kad grafik berdasarkan cip grafik generasi akan-datang mereka, Navi.

Menurut laporan daripada TweakTown, AMD dikatakan akan hadir dengan kad-kad grafik Navi ini pada bulan Julai ataupun Ogos tahun hadapan, lebih kurang setahun selepas kad-kad grafik RX Vega dilancarkan secara rasminya.

Selain daripada menggunakan proses pembuatan cip 7nm, tidak banyak yang diketahui mengenai cip pemprosesan grafik baru ini. Ada juga desas-desus yang berkata bahawa ia akan menggunakan cip modular, sama seperti apa yang dilakukan oleh AMD dengan CPU-CPU AMD Threadripper mereka, yang merupakan CPU EPYC dengan teras yang dinyahaktifkan.

Buat masa ini, kad grafik AMD RX Vega 56 dan 64 dikatakan masih agak terhad di pasaran buat masa ini kerana permintaan yang sangat tinggi di serata dunia. Dengan pengumuman ini, mungkin pihak AMD merasakan bahawa mereka bukan sahaja dapat menandingi kad grafik akan datang daripada NVIDIA (Volta), tetapi juga hadir dengan stok yang mencukupi untuk semua orang yang mahu membelinya.

Apa-apa pun, kita tunggu sahaja pengumuman akan datang dari AMD mengenai kad-kad grafik akan datang dari mereka.


TIPS & ULASAN