Cari @ Amanz

Mark Zuckerberg hari ini telah mengumumkan sebuah peranti realiti-maya beroperasi secara kendiri tanpa memerlukan sebarang telefon pintar atau PC untuk beroperasi, iaitu Oculus Go.

Oculus Go ini akan hadir dengan skrin terbina WQHD LCD, selain dilengkapkan dengan sokongan audio yang baik. Pihak Facebook yang kini memiliki syarikat realiti-maya ini tidak berkongsi lanjut mengenai spesifikasi dan penawaran Oculus Go ini buat masa ini.

Oculus Go

Walaubagaimanapun, ia dikatakan akan menawarkan pengalaman seumpama Gear VR, selain menyokong pelbagai kandungan yang dioptimasikan untuk Gear VR pada Oculus Go ini. Set realiti-maya ini turut dikatakan lebih sesuai untuk menonton video, bermain permainan, mahupun “melepak” bersama rakan secara realiti-maya. Ini adalah kerana ia tidak hadir dengan sebarang kabel yang perlu dihubungkan, dan beroperasi secara kendiri tanpa memerlukan sebarang peranti tambahan.

Mark Zuckerberg mengatakan Oculus Go akan ditawarkan bermula awal tahun hadapan pada harga $199.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd