SKMM Ingin Guna Spektrum 700MHz Untuk Jalur-Lebar Mudah-Alih Bermula 2019

SKMM Ingin Guna Spektrum 700MHz Untuk Jalur-Lebar Mudah-Alih Bermula 2019

Diterbitkan pada Okt 12, 2017 oleh .

Salah satu perkara utama dalam menawarkan perkhidmatan atau talian telekomunikasi mudah-alih adalah penggunaan spektrum untuk memancarkan perkhidmatan. Terkini, SKMM telah membuka bidaan untuk spektrum pada frekuensi 700MHz bagi penyedia perkhidmatan telekomunikasi menggunakannya dalam menawarkan perkhidmatan LTE.

Buat masa ini, blok spektrum 700Mhz digunakan oleh perkhidmatan penyiaran analog di Malaysia. Ia dijangka akan disediakan untuk perkhidmatan mudah-alih bermula 1 Januari 2019 kelak.

Dengan menggunakan spektrum 700Mhz ini, ia akan menawarkan kadar penembusan dalam bangunan yang lebih baik berbanding pada hari ini. Disamping itu, ia juga membolehkan penyedia perkhidmatan meliputi kawasan yang lebih luas dengan menggunakan lebih kurang pusat pemancar. SKMM turut menyasarkan ia dapat meliputi kawasan pendalaman dalam membolehkan penduduk dikawasan pendalaman dapat menikmati internet berkelajuan tinggi melalui talian mudah-alih mereka.

Pihak SKMM turut menyediakan beberapa syarat untuk menggunakan spektrum berkenaan, termasuk mengatakan penyedia perkhidmatan telekomunikasi perlu menawarkan kelajuan minimum 30Mbps menjelang 2020 kelak.

Sekiranya berjaya mendapatkan spektrum ini, pihak SKMM turut menetapkan yang mana syarikat berkaitan perlu menawarkan perkhidmatan mereka melalui frekuensi 700Mhz sebelum penghujung 2019, disamping turut mengurangkan harga pakej jalur lebar mudah-alih mereka.


TIPS & ULASAN