Cari @ Amanz

Selain Honor 7X, tablet Honor WaterPlay turut dilancarkan semalam di China. Tablet ini mempunyai kemampuan kalis air IP67 dan dilengkapi empat pembesar suara yang ditala oleh Harman Kardon. Dari segi spesifikasi ia adalah setanding dengan Honor 7X kerana dijana oleh pemproses Kirin 659.

Skrin Honor WaterPlay ialah sebesar 10.1″ HD penuh, memori sebesar 3/4 GB, storan 32/64GB, kamera utama sebesar 8-Megapixel dan bateri sebesar 6600 mAh. Peranti menyokong pengecasan pantas 18W dengan menggunakan UBS-C. Selain daripada itu ia turut dilengkapi pengimbas jari yang terbina pada butang home di hadapan peranti.

Tablet ini masih menggunakan sistem operasi Android 7.0 dengan pelancar EMUI 5.1  Di China Honor WaterPlay dijual pada harga bermula dari RMB 1999 (~RM 1282) sebuah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd