CPU Intel generasi ke-8 Coffee Lake dan papan-papan induk Intel Z370 sudahpun memasuki pasaran dunia dan juga tempatan, akan tetapi tidak semua orang ingin membelanjakan wang yang banyak untuk membina komputer yang mungkin hanya digunakan untuk tugas-tugas pejabat ataupun kegunaan seharian di rumah.
Melalui laporan dari VideoCardz, kewujudan papan induk siri mampu-milik Intel B360 hadir melalui screenshot perisian Sisoft. Imej tersebut menunjukkan papan induk SuperMicro C7B360-CB-M yang dikatakan sebuah papan induk bersaiz micro-ATX.
Ia dipadankan dengan CPU Intel Core i5-8400, tetapi sayang sekali gambaran fizikal papan induk tersebut masih belum diperlihatkan lagi. Ura-ura mengatakan bahawa papan induk siri B360 ini bakal hadir pada suku pertama tahun 2018 kelak, tetapi tirisan ini mungkin menandakan bahawa ia akan berada di pasaran lebih awal dari yang disangkakan.