Kamera Dron DJI Zenmuse X7 Dilancarkan Dengan Kemampuan Rakaman Video 6K

Kamera Dron DJI Zenmuse X7 Dilancarkan Dengan Kemampuan Rakaman Video 6K

Diterbitkan pada Okt 12, 2017 oleh .

Dron keluaran DJI sangat pelbagai dan ditawarkan untuk pengguna santai dan jurukamera profesional. Mereka telah melancarkan kamera baru DJI Zenmuse X7 yang mensasarkan golongan profesional yang memiliki dron DJI Inspire 2.

Zenmuse X7 dilengkapi sensor video Super 35 sebesar 24-Megapixel. Menurut DJI sensor ini mampu memberikan kualiti video yang baik walaupun di dalam situasi pencahayaan yang kurang baik. Kamera ini mampu merakam video pada resolusi 6K dalam format CinemaDNG Raw, 5.2K Apple ProRes 30FPS, 3.9K CinemaDNG RAW atau 2.7K ProRes 59.94FPS. Pra-tempahan telah dibuka dan Zenmuse X7 boleh dimiliki pada harga $2699 (~RM 11,383).


TIPS & ULASAN