Cari @ Amanz

Rangka komputer desktop biasanya hadir dengan rekaan-rekaan yang lebih kurang sama, dan merupakan salah sebuah komponen yang hanya akan diberi perhatian setelah komponen-komponen lain dipilih dan dibeli.

Bagi mereka yang mementingkan rupa komputer mereka sebanyak mana mereka mementingkan komponen dalaman, Cooler Master baru sahaja mengumumkan kehadiran rangka PC Cooler Master COSMOS C700P di pasaran Malaysia.

Salah satu ciri utama rangka C700P ini ialah ia membenarkan pengguna untuk mengubahsuai cara mereka meletakkan papan induk dan kad grafik mereka mengikut citarasa mereka. Talam papan induk boleh diubahsuai ke bahagian kanan ataupun kiri rangka C700P ini, manakala kad grafik boleh dimuatkan secara menegak.

Panel bahagian tepi rangka C700P ini juga diperbuat daripada kaca terbaja, dan ini bukan sahaja membolehkan anda melihat komponen-komponen di dalam rangka tersebut, ia juga 2-3 kali lebih kukuh berbanding dengan kaca biasa. Apa yang membuatkan panel kaca tepi ini lebih istimewa ialah

Siri rangka COSMOS terkenal dengan pemegang di bahagian atas rangka, dan dengan model C700P, Cooler Master menggunakan aluminum untuk mereka pemegang baru tersebut.

 

Ciri-ciri ini semuanya sebahagian daripada sistem modular Cooler Master yang diperkenalkan sejak tahun lepas, Pelbagai bahagian-bahagian di dalam rangka C700P ini boleh dibuka untuk memberi ruang kepada komponen-komponen yang memerlukan ruang yang besar.

Bagi mereka yang ingin membina sebuah komputer dengan sokongan penyejukan CPU dan GPU cecair, rangka C700P ini juga menyokong radiator bersaiz 420mm, dan anda boleh memasangnya di bahagian atas dan juga hadapan rangka tanpa sebarang masalah.

Bukan itu sahaja, ia juga hadir dengan sokongan sistem penyalaan RGB, dangan jalur lampu RGB terbina didalamnya. Rangka tersebut juga hadir dengan suis yang boleh digunakan untuk mengubah corak penyalaan lampu-lampu tersebut.

Menurut Cooler Master Malaysia, rangka PC Cooler Master COSMOS C700P ini sudahpun boleh dibeli di kedai-kedai pengedar komponen dan aksesori komputer pada harga RM1349.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd