Carian
Samsung Mematenkan Sistem Pengesan Kualiti Udara Untuk Peranti Pintar
October 12, 2017 Effi Saharudin

Telefon pintar keluaran Samsung dilengkapi pelbagai pengesan seperti GPS, barometer dan kompas. Pada peranti utama seperti Galaxy Note 8, pengimbas nadi turut disertakan. Di masa hadapan telefon, tablet dan jam tangan pintar keluaran mereka mungkin akan turut mampu mengesan kualiti udara.

Samsung telah mematenkan sistem mengesan kualiti udara. Pengesan ini dapat menyukat jumlah zarah halus di dalam udara. Pengguna boleh mengetahui sama ada udara yang dihirup berbahaya untuk kesihatan ataupun sebaliknya.Ini adalah amat berguna jika disertakan pada pengesan kesihatan seperti Samsung Gear Fit 2 Pro.

Negara kita kerap diserang jerebu kerana pembakaran terbuka. Dengan adanya sistem seperti ini, pengguna tidak lagi perlu bergantung kepada pihak ketiga untuk mengetahui indeks kualiti udara.

Komen