Cari @ Amanz

Rekaan Oppo F5 sudahpun tertiris minggu lalu apabila ia mula digunakan oleh beberapa selebriti popular Filipina. Oppo akhirnya mengesahkan peranti dengan rekaan semua-skrin ini akan dilancarkan secara rasmi pada 26 Oktober hadapan. Pada waktu yang sama menurut laporan GSMArena, ia akan memasuki pasaran Malaysia.

Walaubagaimanapun tarikh rasmi bila ia akan dijual di Malaysia masih belum diketahui setakat ini. Selain Filipina dan Malaysia, Oppo F5 akan turut memasuki pasaran India, Indonesia, Myanmar, Thailand dan Vietnam.

Dari segi spesifikasi setakat ini maklumat yang diketahui ialah ia akan dilengkapi skrin 6″ FHD+, dijana menggunakan pemproses Snapdragon 660, memori sebesar 6GB RAM, storan 64GB dan bateri sebesar 4000 mAh. Imej acah terkini turut mengesahkan penggunaan teknologi kecerdasan buatan untuk menghasilkan gambar yang cantik. Sama-sama kita nantikan kemunculannya beberapa minggu sahaja lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd