ASUS ROG Zephyrus GX501 Terlajak Laris Di Malaysia – 12 Unit Dijual Dalam Masa 2 Minggu

ASUS ROG Zephyrus GX501 Terlajak Laris Di Malaysia – 12 Unit Dijual Dalam Masa 2 Minggu

Diterbitkan pada Okt 12, 2017 oleh .

Sebulan yang lalu, ASUS Malaysia membawa masuk laptop gaming paling berkuasa mereka setakat ini, ASUS ROG Zephyrus GX501 ke pasaran tempatan untuk mereka yang mahukan sebuah laptop gaming yang bukan sahaja berkuasa, tetapi nipis dan mudah untuk dibawa kemana-mana.

Kami baru sahaja mendapat tahu bahawa pihak ASUS Malaysia telahpun menjual 12 unit laptop ASUS ROG Zephyrus tersebut dalam masa dua minggu selepas kehadiran laptop tersebut diumumkan.

Bagi mereka yang tidak mengenali laptop ini, ia sebuah laptop gaming bersaiz 15.6 inci yang dikuasakan oleh CPU Intel Core i7-7700HQ, memori DDR4 sebanyak 24GB, storan SSD PCIe dan juga sebuah kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1080.

Apa yang menarik mengenai laptop ini ialah kad grafik tersebut direka menggunakan teknologi NVIDIA Max-Q yang membolehkan pembuat-pembuat laptop seperti ASUS untuk membina laptop yang bukan sahaja berkuasa, tetapi nipis. Laptop ASUS ROG Zephyrus ini mempunyai ketebalan 17.9mm pada bahagian yang paling tebal, dan 16.9mm pada bahagian yang paling nipis.

Apa-apa pun, kami berasa cukup terkejut bahawa ASUS telahpun menjual 12 laptop-laptop ASUS ROG Zephyrus ini kerana setiap satu model laptop ini hadir dengan tanda harga mampu terbeliak RM15999 yang cukup bangsawan sekali.


TIPS & ULASAN