Cari @ Amanz

Honor Malaysia telah hadir dengan beberapa gambar acah untuk produk akan datang mereka sebelum ini. Kini, beberapa pengedar telah mula mengambil pra-tempahan untuk telefon pintar berkenaan, dan mengesahkan ia adalah Honor 6A Pro.

Honor 6A Pro merupakan peranti kelas rendah-pertengahan, dan menyasarkan untuk mereka yang inginkan telefon pintar dengan ciri asas pada harga kurang RM700.

Honor 6A

Honor 6A Pro menggunakan skrin 5-inci dengan paparan resolusi 720p, dijana menggunakan cip Snapdragon 430, memori 3GB RAM, ruangan storan 32GB, kamera belakang 13-megapixel, dan kamera hadapan 5-megapixel. Peranti ini menawarkan sokongan dwi-SIM, dan bateri berkapasiti 3020mAh.

Honor 6A Pro disenaraikan pada harga RM699, dan dijangka mula ditawarkan pada harga RM17 Oktober.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd