Cari @ Amanz

Cyanogen (atau Cyngn) merupakan salah satu syarikat yang terkenal dengan penawaran variasi sistem operasi Android dengan beberapa ciri-ciri tambahan – termasuk sokongan untuk pelbagai jenis peranti daripada pelbagai jenama. Walaubagaimanapun, pada tahun lepas mereka telah menghentikan pelbagai operasi syarikat mereka disebabkan oleh beberapa cabaran dalaman.

Terkini, syarikat disebaliknya dilihat telah mula beralih daripada pembangunan variasi sistem operais Android – kepada pembangunan teknologi memfokuskan sokongan swapandu pada kenderaan.

Kebanyakkan pekerja di syarikat Cyngn adalah pekerja baru, disamping ia turut dilihat mereka telah menerima kebenaran untuk menguji kenderaan swapandu di California. Menariknya, mereka juga turut mencari jurutera untuk pembangunan pemanduan swapandu di Singapura.

Dengan perkembangan ini, mungkinkah kita akan melihat Cyanogen menjadi salah satu nama yang disebut ramai kembali selepas ini?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd