Honor Menjadualkan Pengenalan Peranti Nirbingkai Baru Pada Bulan Disember

Honor Menjadualkan Pengenalan Peranti Nirbingkai Baru Pada Bulan Disember

Diterbitkan pada Okt 12, 2017 oleh .

Peranti dengan rekaan nirbingkai semakin menjadi popular pada tahun ini. Pelbagai pengeluar telah hadir dengan rekaan peranti nirbingkai mereka tersendiri, dan kini Honor turut menjadualkan pelancaran sebuah peranti baru dengan rekaan nirbingkai pada bulan Disember kelak.

Honor Disember 2017

Buat masa ini, apakah peranti yang bakal dilancarkan masih menjadi tanda tanya. Honor turut menggunakan tagar “#IOOI” untuk acara ini, yang menandakan ia akan turut hadir dengan sokongan dwi-kamera.

Kami masih kurang pasti sama ada ia adalah pelancaran Honor 7X untuk peringkat global, ataupun adalah sebuah peranti yang serba-baru daripada pengeluar China berkenaan.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan apakah kejutan pihak Honor untuk para peminat mereka.


TIPS & ULASAN