Carian
Ini Adalah Harga iPhone 8 Dan iPhone 8 Plus Di Malaysia
October 13, 2017 Aman

Hari ini, pelbagai syarikat telekomunikasi telah memulakan pra-tempahan untuk telefon pintar terbaru daripada Apple, iaitu iPhone 8 dan juga iPhone 8 Plus.

Kedua-dua iPhone ini hadir dengan sokongan pengecasan tanpa wayar, menawarkan sokongan kalis air, menggunakan cip pemprosesan berkuasa A11 Bionic, serta kamera yang menerima skor tinggi daripada DxO.

Apple iPhone 8

Di Malaysia, iPhone 8 dan iPhone 8 Plus akan ditawarkan dalam dua pilihan storan – iaitu 64GB dan juga 256GB.

Berikut adalah harga jualan iPhone 8 dan iPhone 8 Plus di Malaysia yang ditawarkan oleh pengedar seperti Machines, dan Switch:

iPhone 8 64GB – RM3649
iPhone 8 256GB – RM4399
iPhone 8 Plus 64GB – RM4149
iPhone 8 Plus 256GB – RM4899

Walaubagaimanapun, syarikat telekomunikasi pula memaparkan harga jualan untuk iPhone 8 dan iPhone 8 Plus dengan kurang RM50 daripada harga yang disenaraikan oleh pengedar rasmi Apple di Malaysia. Sebagai contoh, iPhone 8 disenaraikan pada harga bermula RM3599, dan iPhone 8 Plus disenaraikan pada harga bermula RM4099. Namun, seperti biasa, ia ditawarkan bersama pakej prabayar atau pascabayar.

Pra-tempahan boleh dilakukan pada pengedar Apple dan juga syarikat telekomunikasi bermula hari ini. Apple iPhone 8 dan iPhone 8 Plus akan dijual secara rasmi bermula 20 Oktober 2017 di Malaysia.

Komen