Telefon Pintar Razer Dijangka Dilengkapi RAM Sebesar 8 GB

Telefon Pintar Razer Dijangka Dilengkapi RAM Sebesar 8 GB

Diterbitkan pada Okt 13, 2017 oleh .

Razer akan mengumumkan pelancaran telefon pintar mereka 1 November ini. Ia adalah percubaan sulung mereka dalam arena penghasilan peranti pintar setelah sekian lama hanya menghasilkan kerangka untuk iPhone. Spesifikasi untuk peranti mereka ini tertiris menerusi laman GFXBench dan mengejutkan ia dilengkapi memori sebesar 8GB RAM.

Maklumat lain yang diketahui setakat ini ialah ia dilengkapi skrin 5.7″ QHD, dijana pemproses Snapdragon 835, storan sebesar 64GB, kamera utama 12-Megapixel dan kamera hadapan 8-Megapixel. Sedikit mengecewakan peranti ini masih lagi menggunakan Android 7.1.1 tetapi dalam edisi Razer Edition.

Ini menjadikan telefon pintar Razer antara peranti dengan saiz RAM terbesar pernah dihasilkan. Sebelum ini OnePlus 5 dan Asus Zenfone AR turut mempunyai saiz RAM yang serupa. Adakah spesifikasi di atas menarik minat anda?


TIPS & ULASAN