Nubia Z17 MiniS Turut Dilancarkan Dengan Empat Kamera

Nubia Z17 MiniS Turut Dilancarkan Dengan Empat Kamera

Diterbitkan pada Okt 13, 2017 oleh .

Selain Nubia Z17S, peranti Nubia Z17 MiniS turut dilancarkan. Sedikit berbeza peranti ini masih lagi menggunakan rekaan skrin konvensional tetapi mengekalkan sistem dwi-kamera pada bahagian depan dan belakang.

Nubia Z17 MiniS dilengkapi skrin 5.2″ IPS LCD FHD, dijana pemproses Snapdragon 653, memori sebesar 6GB dan storan 64GB. Kamera utama dengan kombinasi 12+12 Megapixel f/2.2. Sistem dwi-kamera sensor monokrom dan berwarna digunakan. Dwi-kamera hadapan pula menggabungkan sensor 16+5 Megapixel dengan sokongan mod potret bokeh. Bateri sebesar 3200 mAh yang digunakan menyokong pengecasan pantas melalui port pengecasan USB-C. Peranti ini menyokong sistem NFC tetapi tidak mempunyai bicu audio 3.5mm.

Nubia Z17S dijual pada harga RMB 1999 (~RM 1281) dengan pilihan warna hitam emas, biru dan biru Aegean.


TIPS & ULASAN