Cari @ Amanz

Microsoft sebelum ini telah membuka pendaftaran untuk menguji versi pembangunan untuk pelayar web Microsoft Edge untuk Android. Kini, bergerak kehadapan, Microsoft telah pun mula menawarkan pelayar web mereka melalui Google Play Store, tetapi masih dilabelkan sebagai versi pembangunan awal.

Dinamakan sebagai Microsoft Edge Preview (Unreleased), ia menawarkan pelayar web Microsoft dengan beberapa ciri-ciri seumpama pada pelayar web desktop Windows 10 – termasuk sokongan kemudahan membaca dan sebagainya. Disamping itu, pengguna turut boleh menghantar kandungan dari PC ke telefon melalui pelayar web ini – dan begitu juga sebaliknya.

Buat masa ini, ia masih dilabelkan sebagai Unreleased, maka ia mungkin kurang stabil atau mempunyai beberapa pepijat yang belum dikenal-pasti dan dibaiki.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun dan mencuba sendiri pelayar web ini – atau menantikan pelancaran versi stabilnya dalam masa beberapa minggu lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd