Jony Ive – “iPhone Tidak Digunakan Dengan Betul Oleh Pemilik”

Jony Ive – “iPhone Tidak Digunakan Dengan Betul Oleh Pemilik”

Diterbitkan pada Okt 13, 2017 oleh .

Mendiang Steve Jobs ialah bapa kepada iPhone tetapi tidak salah mengatakan Sir Jony Ive ialah “ibu” kepada telefon pintar yang paling popular di dunia ini. Idea Jobs dikahwinkan dengan rekaan Ive yang cantik bagi menghasilkan produk yang mengubah landskap telefon mudah alih. Sir Ive di temuramah oleh majalah New Yorker dan beliau mengatakan iPhone tidak digunakan dengan betul oleh pemilik.

Pada pendapat beliau, pemilik iPhone terlalu kerap menggunakan peranti. Oleh sebab itu Apple Watch dihasilkan bagi mengurangkan keperluan pengguna menumpukan perhatian kepada iPhone sepanjang masa. Sejak jam tangan pintar ini dihasilkan, beliau mengaku tidak lagi perlu menggunakan iPhone sepanjang masa kerana kesemua notifikasi boleh dipaparkan pada skrin jam.

Adakah anda tergolong di dalam kategori insan yang menggunakan iPhone dengan salah? Bersetujukah anda bahawa penggunaan peranti yang terlalu kerap adalah salah?


TIPS & ULASAN