Kerajaan Akan Menawarkan Aplikasi Untuk Melihat Harga Barangan Keperluan Harian Yang Berpatutan

Kerajaan Akan Menawarkan Aplikasi Untuk Melihat Harga Barangan Keperluan Harian Yang Berpatutan

Diterbitkan pada Okt 13, 2017 oleh .

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bakal menawarkan sebuah aplikasi khusus untuk para pengguna tempatan yang membolehkan anda merujuk kepada harga barangan keperluan harian setiap hari.

Dengan adanya aplikasi ini kelak, ia akan memudahkan pengguna membuat pilihan untuk menuju ke kedai yang mana dalam mendapatkan barangan pada harga lebih berpatutan berbanding yang lain.

Harga dalam aplikasi berkenaan bakal dikemaskini setiap hari, dan menawarkan paparan harga semasa untuk sesuatu barangan. KPDNKK menyasarkan untuk melancarkan aplikasi berkenaan secara rasminya pada November ini.

Disamping menyemak harga barangan, KPDNKK juga akan menerima aduan terus daripada pengguna melalui aplikasi berkenaan kelak.


TIPS & ULASAN