Cari @ Amanz

Huawei Malaysia hari ini telah mula menjual telefon pintar terbaru mereka untuk pasaran tempatan, iaitu Huawei Nova 2i. Telefon pintar ini hadir dengan penggunaan dwi-kamera dihadapan dan juga dwi-kamera dibelakang – sekaligus membolehkan anda menghasilkan rakaman gambar dengan ciri bokeh sama ada menggunakan kamera hadapan atau belakang.

Huawei Maimang 6

Huawei Nova 2i menggunakan skrin 5.92-inci dengan paparan 2160×1080 pixel, dilengkapi cip pemprosesan Kirin 659, memori 4GB RAM dan ruangan storan 64GB. Telefon pintar ini juga turut menggunakan rekaan skrin pada nisbah 18:9.

Untuk rakaman gambar selfie, ia menggunakan kamera 13-megapixel dan 2-megapixel – selain dilengkapi sokongan lampu dihadapan. Untuk kamera belakang, ia menggunakan kamera 16-megapixel dan 2-megapixel.

Di Malaysia, pengguna boleh mendapatkan ia pada harga RM1299 bermula hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd