Kedai Xiaomi Di KLCC Kini Dibuka – Ini Ialah Senarai Harga & Peranti Yang Dijual

Kedai Xiaomi Di KLCC Kini Dibuka – Ini Ialah Senarai Harga & Peranti Yang Dijual

Diterbitkan pada Okt 13, 2017 oleh .

Xiaomi sedia menawarkan penawaran peranti dan aksesori pada harga berpatutan, namun jualan keseluruhan peranti masih bergantung melalui laman jualan atas talian seperti Lazada. Bagi memudahkan pengguna mendapatkannya secara offline, Xiaomi turut menyediakan kedai fizikal yang menempatkan peranti-peranti terbaru untuk dicuba.

Di Malaysia, kedai fizikal Xiaomi dibuka oleh Switch Concept Sdn. Bhd. iaitu pengedar yang terkenal dengan jualan peranti Apple melalui kedai Switch. Mereka sebelum ini telah membuka kedai Xiaomi di Queensbay Mall, Pulau Pinang yang juga merupakan kedai fizikal Xiaomi pertama di Malaysia. Kini, mereka telah memperluaskan penawaran ini ke Lembah Klang dengan membuka kedai fizikal Xiaomi kedua di KLCC.

Kedai fizikal Xiaomi ini secara kasarnya menyerupai kedai fizikal Xiaomi di China, dengan menyediakan beberapa peranti dan aksesori menarik untuk jualan. Berikut merupakan senarai peranti yang disediakan di kedai Xiaomi di KLCC ini.

Telefon pintar
Xiaomi Redmi 5A – RM549 (16GB + 2GB RAM)
Xiaomi Redmi 4X – RM649 (32GB + 3GB RAM)
Xiaomi Redmi Note 4 – RM799 (32GB + 3GB RAM), RM949 (64GB + 4GB RAM)

Xiaomi Mi A1 – RM1,099 (64GB + 4GB RAM)
Xiaomi Mi Max 2 – RM1,199 (64GB + 4GB RAM)
Xiaomi Mi 6 – RM1,899 (64GB + 6GB RAM)

Kedai ini turut membawa sejumlah aksesori seperti earphone, pembesar suara, dan alat kesihatan pintar yang mana ditawarkan pada harga yang hampir setara seperti kedai Xiaomi di China. Apa yang menarik lagi, kedai ini juga menjual aksesori seperti beg dan bagasi yang mana dijual pada harga bermula RM79.

Aksesori
Mi In-Ear Headphones Basic – RM35
Mi In-Ear Headphones Pro HD – RM139
Mi Sports Bluetooth Headset – RM129
Mi Headphones Comfort – RM199

Mi Box – RM349
Mi Bluetooth Speaker – RM179

Mi Body Composition Scale – RM149
Mi Smart Scale – RM129
Mi Band 2 – RM129
Xiaomi Amazfit – RM629

10000mAh Mi Power Bank Pro – RM149
10000mAh Mi Powerbank 2 – RM85
5000mAh Mi Powerbank – RM59

Multi-Functional Urban Leisure Chest Bag – RM79
Classic Business Shoulder Bag – RM129
Minimalist City Shoulder Bag – RM159

90 Point Luggage 20″ – RM289
90 Point Metal Luggage 20″ – RM1,849

Mi USB Fan – RM15
Mi USB LED – RM19
Mi Band 2 Strap – RM25

Beberapa produk seperti Mi Notebook, Mi TV, Mi Smart Rice Cooker, Mi Air Purifier, Mi Router, basikal, dan skuter masih belum sedia dijual di Malaysia buat masa ini, namun anda boleh melihat dengan lebih dekat lagi melalui kedai fizikal ini. Produk-produk ini tidak dijual atas faktor ketidaksediaan untuk kegunaan antarabangsa dan perlu mendapatkan pengesahan daripada pihak berkuasa terlebih dahulu seperti SIRIM.

Jadi bagi anda yang berminat untuk mendapatkan peranti dan aksesori Xiaomi, anda boleh berkunjung ke kedai Xiaomi di KLCC ini yang berada di aras 3, Suria KLCC. Anda boleh menguji sejumlah produk Xioami di sini seperti mencuba telefon terbaru Xiaomi sebelum membuat pembelian peranti.


TIPS & ULASAN