Samsung Malaysia hari ini telah mula menawarkan salah satu tablet baru untuk pasaran tempatan, iaitu Samsung Galaxy Tab A (2017).
Tablet ini menawarkan skrin bersaiz 8-inci dengan resolusi 1280×800 pixel, dilengkapi cip empat-teras 1.4Ghz, memori 2GB RAM dan ruangan storan 16GB. Ia menawarkan kamera belakang 8-megapixel, dan kamera hadapan 5-megapixel.
Samsung mengatakan ia dioptimasikan untuk memudahkan anda menikmati kandungan multimedia dengan mudah. Disamping itu, ia juga turut menawarkan mod khusus untuk kanak-kanak – sekiranya anda ingin membeli peranti khusus untuk anak atau adik anda. Samsung turut mengatakan ia dioptimasikan untuk permainan video melaluinya.
Di Malaysia, Samsung Galaxy Tab A (2017) ditawarkan di Malaysia pada harga RM1199.