Samsung Galaxy J2 2017 Dilancarkan Dengan Spesifikasi Kelas Permulaan

Samsung Galaxy J2 2017 Dilancarkan Dengan Spesifikasi Kelas Permulaan

Diterbitkan pada Okt 13, 2017 oleh .

Peranti di dalam keluarga Galaxy J adalah peranti kelas permulaan dan pertengahan Samsung. Di India Samsung Galaxy J2 2017 telah dilancarkan hari ini dengan spesifikasi kelas permulaan. Pertama sekali ini dilengkapi skrin 4.7″ SAMOLED qHD (960×540 pixel), dijana pemproses 1.3 GHz empat teras, memori sebesar 1GB RAM dan storan sebesar 8GB.

Kamera utama hanya sebesar 5-Megapixel manakala kamera hadapan pula sebesar 2-Megapixel. Peranti ini hanya mampu merakam video pada resolusi HD. Sebuah bateri sebesar 2000 mAh melengkapi spesifikasi peranti ini. Selain daripada itu ia masih menyokong SIM bersaiz mikro dan port pengecasan mikroUSB. Di India Samsung Galaxy J2 2017 dijual pada harga Rs. 7,390 (RM 481) sebuah.


TIPS & ULASAN