Carian
Taylor Swift Melancarkan Platform Media Sosial Peribadi
October 14, 2017 Effi Saharudin

Bagaimanakah anda tahun anda sudah berjaya? Apabila nama dikenali ramai dan mempunyai media sosial peribadi. Taylor Swift, penyanyi wanita yang memenangi pelbagai anugerah bekerjasama dengan Glu untuk melancarkan media sosial Swift Life.

Aplikasi Swift Life ini memberikan peminat akses kepada kehidupan seharian Taylor Swift. Kandungan serta barangan eksklusif juga akan ditawarkan pada Swift Life bagi menarik peminat untuk menggunakan media sosial ini. Buat masa ini ia masih menjalani ujian beta dan mensasarkan pelancaran secara global menjelang penghujung tahun.

Glu ialah pembangun permua yang kerap bekerjasama dengan selebriti. Mereka telah menghasilkan permua untuk Kim Kardashian, Kylie Jenner, Kendall Jenner dan Gordon Ramsay.

Komen