Honor 6C Pro Diperkenalkan Di Russia Dengan Cip MediaTek

Honor 6C Pro Diperkenalkan Di Russia Dengan Cip MediaTek

Diterbitkan pada Okt 13, 2017 oleh .

Honor mempunyai sejumlah peranti berspesifikasi rendah dan pertengahan dibawah mereka. Terkini, hari ini mereka menambah satu lagi telefon pintar baru dibawah penawaran mereka, dinamakan Honor 6C Pro.

Honor 6C Pro memfokuskan penawaran spesifikasi pertengahan, dan tidak menawarkan sebarang ciri-ciri khusus tambahan. Ia lebih menyasarkan kepada pengguna yang inginkan telefon pintar untuk tujuan asas, dan pada masa yang sama menggunakannya dalam mengakses laman sosial dan sebagainya.

Honor 6C Pro

Dari segi spesiifkasi, Honor 6C Pro hadir dengan skrin 5.2-inci dengan paparan HD, cip MediaTek MT6750, memori 3GB RAM, dan ruangan storan terbina 32GB.

Untuk rakaman gambar, ia menyertakan kamera 13-megapixel di belakang, dan 5-megapixel dihadapan. Telefon pintar ini turut menyertakan pengimbas cap jari dibelakang, serta dilengkapi bateri berkapasiti 3000mAh.

Buat masa ini, telefon pintar ini hanya disenaraikan di Russia sahaja. Ia tidak diketahui lagi bilakah ia akan ditawarkan di negara-negara lain seluruh dunia.


TIPS & ULASAN