HP Hadir Dengan Kamera Dilengkapi Pencetak – HP Sprocket 2-dalam-1
HP

HP Hadir Dengan Kamera Dilengkapi Pencetak – HP Sprocket 2-dalam-1

Diterbitkan pada Okt 13, 2017 oleh .

HP merupakan salah satu nama yang tidak asing dalam arena pencetak. Mereka sebelum ini telah hadir dengan pencetak mudah-alih untuk memudahkan pengguna mencetak gambar terus daripada telefon pintar, dinamakan sebagai HP Sprocket.

Terkini, hari ini HP memberikan kemaskini kepada HP Sprocket, dan menyertakan sebuah kamera padanya bagi memudahkan anda terus merakamkan gambar dan mencetak gambar serta-merta melaluinya. Dinamakan sebagai HP Sprocket 2-dalam-1, ia hanya ditawarkan di Amerika Syarikat buat masa ini.

HP Sprocket 2-dalam-1

HP tidak berkongsi mengenai spesifikasi kamera buat masa ini, tetapi untuk percetakkan, ia menggunakan kertas ZINK yang membolehkan anda mencetak tanpa risau akan mengenai dakwat pencetak.

Disamping itu, seperti sebelum ini, pengguna turut boleh menghubungkan HP Sprocket ke telefon pintar atau tablet Android atau iOS – dan menggunakannya dalam mencetak, atau menyunting gambar yang dirakamkan bagi menambah kesan tambahan.

HP Sprocket 2-dalam-1

Memandangkan HP Sprocket telah sedia ditawarkan di Malaysia sebelum ini, kita mungkin akan dapat melihat HP Sprocket baru ini turut hadir tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN