Cari @ Amanz

Qualcomm dan Apple dalam “perang” pada tahun ini, dimana menyaksikan beberapa saman difailkan. Terkini, Qualcomm dilihat telah memfailkan saman di China, yang memohon untuk Apple menghentikan pengeluaran dan penjualan iPhone di China.

Qualcomm memfailkan saman ke atas Apple mengatakan Apple melanggar hak intelektual milik Qualcomm dan tidak membayar royalti perlesenan yang sepatutnya. Saman kali ini melibatkan beberapa paten – termasuk yang meliputi pengurusan kuasa peranti dan juga teknologi skrin sentuh dinamakan Force Touch. Sementara untuk pihak Apple dan beberapa pihak berkuasa di beberapa buah negara, Qualcomm dilihat menyalah-gunakan pegangan pasaran mereka dan perlesenan yang tidak adil.

Sebelum ini, baru-baru ini Qualcomm telah didenda sebanyak $773 juta oleh pihak berkuasa Taiwan – mengatakan Qualcomm menyalah-guna kelebihan mereka dalam piawaian komunikasi mudah-alih, dan tidak melesenkan paten yang sepatutnya. Disamping itu, Qualcomm diminta untuk mengubah terma perjanjian dengan syarikat di Taiwan.

Buat masa ini, Qualcomm baru sahaja memfailkan saman terhadap Apple di China. Keputusan mahkamah di Beijing masih tidak diketahui lagi. Namun, sekiranya pihak Qualcomm memenangi saman ini, ia akan memberikan kesan besar terhadap Apple – memandangkan China memainkan peranan utama dalam pengeluaran iPhone untuk pasaran seluruh dunia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd