Cari @ Amanz

Harga jualan penyesuai Google Pixel 2 menerima kritikan hebat. Pada harga $20, ia lebih dua kali ganda lebih mahal berbanding penyesuai Apple yang dijual pada harga $9. Semalam Google akur dengan tekanan pengguna dan menurunkan harga penyesuai ini ke $9.

Bakal pembeli Google Pixel 2 dan Pixel 2 XL tidak perlu risau kerana penyesuai ini disertakan dengan setiap pembelian. Tetapi mereka perlu berhati-hati supaya ia tidak mudah hilang. Ramai tidak mengetahui penyesuai USB-C ke bicu audio mempunyai pelbagai versi dan tidak semestinya boleh digunakan pada kesemua peranti. Ini adalah sebab mengapa kami kurang gemar dengan peranti yang tidak menyertakan bicu audio.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd