Zimbabwe Mewajibkan Pentadbir Kumpulan WhatsApp Berdaftar Dan Mempunyai Sijil Keselamatan Siber

Zimbabwe Mewajibkan Pentadbir Kumpulan WhatsApp Berdaftar Dan Mempunyai Sijil Keselamatan Siber

Diterbitkan pada Okt 14, 2017 oleh .

Di Malaysia sesiapa sahaja boleh menjadi pentadbir kumpulan Whatsapp. Kami yakin anda mungkin pentadbir kumpulan WhatsApp keluarga. Tetapi di Zimbabwe berlainan pula ceritanya. Kementerian  Keselamatan Siber, Pengesanan Ancaman dan Mitigasi Keselamatan mengarahkan pentadbir untuk berdaftar serta mempunyai sijil tahap satu dalam keselamatan siber.

Pengguna WhatsApp Zimbabwe diingatkan bahawa kegagalan mematuhi arahan ini adalah salah di sisi undang-undang negara. Arahan ini akan berkuatkuasa bermula 1 November. Para pentadbir hanya boleh menerima sijil pengiktirafan keselamatan atas talian dari Border Gezi University.

Di Zimbabwe kebebasan atas talian adalah terbatas di bawah rejim Presiden Robert Mugabe. Pelbagai cara digunakan untuk mengekang rakyat dari menentang pemerintah yang kerap memasuki senarai paling korup di dunia.


TIPS & ULASAN