Huawei Mengesahkan Mate 10 Bakal Hadir Dalam Variasi Porsche Design

Huawei Mengesahkan Mate 10 Bakal Hadir Dalam Variasi Porsche Design

Diterbitkan pada Okt 14, 2017 oleh .

Huawei bakal memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka pada hari Isnin ini, 16 Oktober 2017. Bersempena dengannya, mereka telah hadir dengan beberapa video acah, dan yang paling terkini memperlihatkan yang mana mereka turut bakal memperkenalkan Huawei Mate 10 versi Porsche Design.

Huawei Porsche Design

Ini bukan kali pertama Huawei memperkenalkan sebuah peranti dengan kerjasama pihak Porsche Design. Sebelum ini, mereka telah menawarkan Huawei Mate 9 Pro Porsche Design pada tahun lepas, selain turut mengumumkan jam tangan pintar dengan kerjasama yang sama.

Berkemungkinan, kita boleh turut menantikan versi Huawei Mate 10 ditawarkan dalam edisi terhad Porsche Design.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan hari Isnin ini untuk mengetahui lanjut mengenai penawaran baru Huawei ini.


TIPS & ULASAN