Penjual Permainan Pada Harga Rendah, Humble Bundle – Diambil-Alih Oleh IGN

Penjual Permainan Pada Harga Rendah, Humble Bundle – Diambil-Alih Oleh IGN

Diterbitkan pada Okt 15, 2017 oleh .

IGN, salah satu media terkemuka dalam penerbitan mengenai permainan video, kini mengumumkan yang mana mereka telah mengambil-alih Humble Bundle.

Humble Bundle meruapakan salah satu perkhidmatan web yang menawarkan sejumlah kandungan digital dan permainan indie pada harga yang jauh lebih rendah berbanding kebiasaan. Pengguna diberikan kebebasan untuk membayar harga yang diinginkan oleh mereka – dan pada masa yang sama membuat sumbangan kepada badan kebajikan. Melalui Humble Bundle, mereka bukan sahaja menawarkan permainan video, tetapi juga perisian, buku digital, dan pelbagai kandungan digital melalui platform mereka. Humble Bundle juga turut telah mula membantu pembangun indie untuk menerbitkan permainan video mereka melalui platform Humble.

Walaupun diambil-alih, Humble mengatakan akan terus beroperasi secara berasingan buat masa ini, tanpa sebarang perubahan yang drastik. IGN turut menekankan yang mana mereka tidak berhasrat untuk mengubah bagaimana Humble beroperasi buat masa ini.

Artikel ini diterbitkan terlebih dahulu di Aksiz.


TIPS & ULASAN