Android 8.0 Oreo Ditawarkan Dalam Bentuk Beta Untuk Pengguna OnePlus 3 Dan OnePlus 3T

Android 8.0 Oreo Ditawarkan Dalam Bentuk Beta Untuk Pengguna OnePlus 3 Dan OnePlus 3T

Diterbitkan pada Okt 15, 2017 oleh .

Dengan pengenalan Android 8.0 Oreo oleh Google sebelum ini, semestinya ramai pengguna menantikan kemaskini sama hadir ke telefon pintar masing-masing. Pelbagai pengeluar masih senyap berkenaan penawaran kemaskini berkenaan, tetapi kini OnePlus bergerak pantas dan telah mengumumkan penawaran versi beta untuk Android 8.0 Oreo.

Untuk pengguna peranti OnePlus 3 dan juga OnePlus 3T, anda kini boleh mencuba versi beta untuk Android 8.0 Oreo. Walaubagaimanapun, ujian beta ini perlu dilakukan secara manual – dimana anda perlu memasangnya sendiri pada peranti melalui beberapa langkah yang disediakan oleh pihak OnePlus.

Bagi anda yang tidak sabar menantikan kemaskini Oreo, mungkin boleh mencuba versi beta ini. Namun, anda dinasihatkan untuk menantikan versi akhir – memandangkan untuk mencuba versi beta ini, anda perlu flash sendiri peranti anda, disamping ia mungkin mempunyai sejumlah pepijat yang mungkin tidak dikenal-pasti lagi.

Muat-Turun Android 8.0 Oreo Beta untuk OnePlus 3

Muat-Turun Android 8.0 Oreo Beta untuk OnePlus 3T


TIPS & ULASAN