iFlix Memperkenalkan Saluran Baru Untuk Memudahkan Carian Kandungan

iFlix Memperkenalkan Saluran Baru Untuk Memudahkan Carian Kandungan

Diterbitkan pada Okt 16, 2017 oleh .

Perkhidmatan penstriman video semakin hari semakin popular dengan pengguna tidak lagi menonton siaran TV tradisional. Satu perkara yang dirindui pengguna ialah kemudahan mencari kandungan di televisyen. Untuk menonton filem misalnya pengguna dahulu hanya perlu menukar saluran ke HBO misalnya. Pada aplikasi penstriman, kandungan disusun mengikut genre.

Di iFlix mereka menyedari masalah ini dan memperkenalkan beberapa “saluran” baru yang memudahkan pengguna mencari kandungan untuk ditonton. Antara saluran baru yang dilancarkan hari ini ialah Aniplus, tvN Movies dan Oh!K. Dengan saluran ini pengguna lebih mudah mencari kandungan dari Korea Selatan dan animasi Jepun. Paparan kandunganĀ  iFlix mengikut saluran ini sama seperti yang dilakukan pada Astro VOD dan Go.

Pengenlan saluran ini selari dengan evolusi iFlix sebagai antara perkhidmatan penstriman video utama di negara. Sebelum ini mereka menyediakan saluran berdasarkan genre. Antaramuka laman serta aplikasi juga telah dikemaskini dengan kategori kandungan terpapar lebih ketara berbanding sebelum ini. Pengguna juga boleh mengkustomasi muka hadapan aplikasi dan laman web dengan saluran-saluran kegemaran mereka.


TIPS & ULASAN